Posted by: `Izzat Anwari | Friday, 10 July, 2009

Tentang Islam Liberal

musawah

Oleh Nurhidayah Samsudin (Ketua Unit Penyelidikan)

Islam Liberal merupakan satu bentuk penafsiran baru kepada ajaran Islam yang sedia ada. Intipati islam liberal ini lebih bermatlamat ingin merungkai Islam daripada ikatan syarak dengan menafsir semula nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah supaya lebih sesuai dengan kehidupan moden dan tuntutan peribadi. Justeru, tidak salah jika Islam Liberal dikategorikan  sebagai ajaran sesat lantaran ia lebih mendahulukan logik akal semata-mata berbanding dalil naqli. Maka, wajarlah tindakan  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa Islam Liberal sesat dan haram.

Di Indonesia perjuangan memartabatkan Islam Liberal semakin rancak dengan tertubuhnya Jaringan Islam Liberal (JIL). JIL dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Nurcholish Madjid (Cak Nur), Ulil Absyar Abdalla dan Lutfi al-Syaukanie yang kebanyakannya pernah mengikuti pengajian pondok. Atas dasar ingin membebaskan Islam dari belenggu pemikiran yang dianggap tidak moden dan jumud, maka lahirlah golongan-golongan ini yang bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan dalam beragama. Antara isu-isu popular yang diketengahkan oleh liberalis Islam ini termasuklah pluralisme dan feminisme.

Pluralisme agama  merupakan satu bentuk fahaman yang menyamakan semua agama atau turut dikenali sebagai Transcendent Unity Of Religions. Bagi mereka yang benar-benar menyokong fahaman ini, tiada istilah “hanya agama aku sahaja yang betul”. Maka, atas asbab ini mereka menolak mentah-mentah jika ada yang mengatakan bahawa Islam agama yang paling benar lantaran agama lain juga membawa jalan kebenaran. Natijahnya, di Indonesia berlakulah perkahwinan campur dari kalangan mereka yang berbeza agama. Pluralisme agama diibaratkan seperti roda yang memiliki jejari yang banyak, dan masing-masingnya bertemu di titik tengah bulatan yang dikenali sebagai titik transcendent. Malahan, koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL), Ulil Absar Abdalla dengan angkuhnya pernah menyebut:

Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar”

Di samping pluralisme agama, isu feminisme juga antara isu hangat yang sering dimanipulasi oleh puak pendukung Islam Liberal. Tuntutan persamaan  hak di antara lelaki dan perempuan khususnya di dalam hal yang melibatkan hukum-hakam syariah merupakan fokus utama aktivis feminisme. Antara tokoh yang dilihat lantang membawa  isu  ini termasuklah Amina Wadud yang pernah menggemparkan umat islam suatu ketika dahulu dengan menjadi imam dan khatib solat Jumaat di sebuah gereja. Di Indonesia gerakan feminisme semakin rancak dengan kemunculan kertas kerja yang bertajuk Counter Legal Draft Atas Kompilasi Hukum-hukum Islam (CLD-KHI). Kertas kerja ini menggariskan beberapa isu liberal umpamanya poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang serta masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tetapi juga untuk lelaki dengan tempohnya 130 hari.

Manakala di Malaysia, gerakan feminisme mula memperlihatkan taringnya dengan penubuhan Sister In Islam (SIS). Bermodalkan beberapa isu contohnya poligami, isu tudung dan pakaian Islam, SIS semakin lantang bersuara walaupun tindakan mereka yang mempersoalkan fatwa pengharaman yoga dikecam pelbagai pihak. Penganjuran Musawah pada 13 hingga 17 Februari lalu memperlihatkan tindakan agresif mereka yang ingin menggubal semula undang-undang kekeluargaan Islam lantaran undang-undang yang sedia ada dikatakan berat sebelah dan hanya berpihak pada kaum Adam contohnya di dalam hukum faraid.

Tuntasnya, ideologi Islam Liberal yang semakin membarah di kalangan umat islam bukanlah isu ranting yang boleh dipandang enteng. Aliran pemikiran ini jika tidak dibendung lama-kelamaan boleh menjadi bisa yang akhirnya merosakkan aqidah umat Islam sendiri. Maka menjadi kewajipan semua pihak memastikan ideologi sesat ini tidak tersebar luas dan meracuni pemikiran umat Islam khusunya.


Responses

  1. kesesatan islam liberal membawa kepada kemusnahan yang amat dasyat kpd umat muhammad suatu hari kelak jika x dibendung..jika memahami akan kesesatan ini maka sudah berwajib setiapnya dr kita menentang islam leberal habis-habsan dengan apa cara sekalipun.kembalikan islam yang sebenar

  2. JIL, Jaringan Iblis Laknatulloh kata pemimpin Forum Umat Islam dalam sebuah berita di TV.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: