Posted by: `Izzat Anwari | Friday, 12 June, 2009

Musawah Bukti SIS Sesat

Musawah

Oleh Muhammad `Izzul Islam bin Hasni (Ketua Unit Pemantauan)

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas Shah Alam ketika sidang Muktamar Pas minggu lalu iaitu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan Sisters In Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam mendapat perhatian ramai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Seharusnya usul yang dibentangkan ketika Muktamar Pas minggu lalu tidak dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu. Malah, akhbar hari ini mendedahkan tentang bantahan terhadap pengharaman SIS oleh Ketua Pemuda Umno,Wanita Umno Perak dan 322 NGO yang lain.

Tidak dinafikan sejak tertubuhnya SIS pada tahun 1998 , banyak isu yang telah dihangatkan oleh mereka yang kononnya menganggap merekalah ‘heroin’ mewakili kaum Hawa yang membela nasib wanita di Malaysia. Isu pengkid dan yoga yang dimainkan oleh SIS jelas membuktikan mereka adalah golongan yang anti-fatwa dan sekaligus melanggar syariat Islam.

Isu ini adalah soal akidah  umat Islam dan bukan isu yang boleh dipolitikkan dan dipandang enteng. Saya amat kesal dengan segelintir parti politik dan NGO yang mengeluarkan kenyataan melulu tanpa melihat ‘wajah’ sebenar SIS yang bertopengkan Islam ini.

Pada 13 hingga 17 Februari yang lalu, sejumlah 250 orang peserta dari 47 buah negara berkumpul di Kuala Lumpur untuk menghadiri Musawah iaitu perhimpunan besar-besaran ‘penganut’ fahaman sesat Islam Liberal di dunia untuk mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang telahpun dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.

Mereka yang hadir adalah tokoh Liberalis Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang dibentangkan semasa perjumpaan dilihat menginterpretasikan semula al-Qur’ān dan al-Hadīth dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga mengenengahkan isu hak sama rata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini dipertikaikan dengan melanggar segala syariat yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah. Mereka juga telah mendatangkan pernyataan bahawa al-Quran seolah-olah boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja walaupun bukan ahlinya.

Al-Quran itu diturunkan kepada manusia dan tiada ada yang rumit untuk mentafsirnya,”

kata salah seorang jemputan hari itu. Bukankah ada ilmu khusus yang dalam memahami tafsir yang disebut ilmu usul al-tafsir yang membicarakan asbab al-nuzul, nasikh wal mansukh, muhkam wa mutashabih dan lain-lain?

Selain itu, SIS juga pernah mempertikaikan Undang-undang Kekeluargaan Wilayah Persekutuan dengan berhujah bahawa undang-undang itu menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari Jumaat, berhujah bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki sedangkan perbuatan itu dicela oleh seluruh ulama’ dunia. Tidak hairanlah apabila Amina Wadud diberi  tangungjawab mengendalikan salah satu bengkel semasa Musawah yang lalu kerana dia adalah ‘Nabi’ SIS ini.

Saya menyeru agar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak segera dan menyiasat tanpa mengambil peduli pandangan serta bantahan dari mana-mana pihak sama ada parti politik mahupun NGO-NGO lain. Saya berfikir hanya dengan kajian serta siasatan dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja mampu mengembalikan akidah umat Islam yang semakin ‘ketinggalan’. Dan jika hasil kajian dan siasatan pihak yang berkenaan benar, maka SIS perlulah diharamkan dengan serta merta.

Saya juga menyeru individu-individu, pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain supaya bersama-sama dengan Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) dalam meneruskan penentangan terhadap penularan dakyah fahaman Islam Liberal yang telah difatwakan sesat dan menyimpang daripada syariat Islam semasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-74 yang lalu.


Responses

  1. makasih ulasannya
    cukup menarik

  2. bahaya betul islam liberal ni. Semua agama.. islam kristian.. semua sama pada mereka. Tapi yg ssebenarnya islam adalah agama yg benar

  3. Dahsyat sungguh apabila yg ingin menjuarai persoalan agama adalah golongan yang tidak arif berkenaan agama… menempah tempat di neraka. Ulasan yg cukup menarik…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: